I’m so closed being sued…

Nak dijadikan cerita, semalam saya menemankan kawan, Yati untuk membeli barang.

Tengah sibuk bercerita sambil memandu, tiba-tiba je, kami perasan ada sekatan jalan oleh Polis. Saya tak de la pulak rasa takut ke atau apa2. Relaks je la, tak buat salah , nak takut apa kan..huhu..

Bila lalu saja kat sekatan tu, tetiba, seorang pak cik polis suruh berhenti dan menunjukkan sesuatu pada cermin hadapan. Dalam hati, apasal pulak ni, relaks lagi la masa tu, tak tau apa2. Pak cik polis tu suruh berhenti di hadapan.

Yati pun dah seram, “Syahid, apsal ni? Takutnye saya” …. MySpace




Bila dah berhenti tu, saya turunkan la cermin tingkap.

‘Cik, lesen memandu dan IC’

‘Cik rasa kenapa kami tahan?’

Saya pun kata la, ‘entahlah encik, pak cik tadi ada tunjuk something pada cermin tu’

Yang kawan saya ni dok ketakutan.

‘Turun jap, cuba cik tengok kat cermin tu’ . ‘Allah, kenapa plak ni?’ Seram sejuk dah ni….MySpace




Saya pun turun la, ‘Ya Allah, 10 Mei 2009’MySpace




Rotex kereta dah tamat 2 bulan yang lalu!!!. Adusss, camne boleh jadi camni ni?

‘Alamak encik, saya tak tau la plak, kereta ni ayah saya yang punya, takde la plak saya perasan’

Amik ko, camne bleh tak perasan, dah selalu bawak kereta pun masih salahkan ayah.. haha..MySpace




‘Cik tau mata merit tak?’

‘Apa tu encik?’ haaa, sudah.. apa plak ni?

‘Waktu belajar kereta dulu, ingat tak?’

‘Alamak encik, dah lama la ambil lesen, tak ingat dah’,haha… boleh lagi aku gelak waktu tu… MySpace





Kebetulan, pegawai polis ni sebaya kitorang. Sebab dia tengok IC saya.

Tapi, pegawai tu buat muka garang la kan, takkan dia pun nak gelak2 dengan aku plak..

‘Camni la, saya terpaksa saman awak ni. Mari ikut saya ke pondok’

‘Aduih, saya call ayah saya dulu kejap’ … MySpacehek eleh, boleh plak aku main kejap2 dengan polis tu.. Lantak la, sukati aku la, sebab kereta ayah aku kan, aku tak salah, apa2 hal, biar aku bagitau ayah aku dulu kan…

Polis tu pun borak2 dengan kawan saya tu, Yati..

‘Umi, call balik’

Mak aku pun call balik.

‘Umi, panggil abah jap’

‘Assalamualaikum, kenapa syahidah?

‘Abah tak baharui rotex ke?

‘Ye ke? Bila tamat?

‘Bulan mei bah’

‘Haaaa..apa? Bulan Lima!! MySpace





Sudah.. Ayah aku pun tak perasan jugak… Camne ni, wuwu..

Tetiba je, ‘ Okeyla, disebabkan kawan awak ni orang kampung saya, saya lepaskan la awak’

Haaa.., biaq betul polis ni, tanpa berlengah lagi, ‘Encik, terima kasih ye’

Yati pun kata la, ‘Syahid, cepat2, kita blah’

‘Okey2’

Apa lagi, saya masuk kereta, terus masuk gear, pecut terus. Saya tak tau apa yang terjadi pada polis tu…

Ya Allah, Alhamdulillah syukur sangat.. MySpace


I’m this closed being sued
..


wuwu… takutnye… MySpace





Pastu saya tanya Yati, ‘What happen?’

‘Entahla Syahid, waktu awak call ayah awak tu, polis tu borak2 dengan saya, dia tanya orang mana la, sekolah mana la, macam2..’

‘Saya pun layan je la borak dengan polis tu, rupa-rupanya dia tu orang kampung kita,haha…’, kata Yati.


Ya Allah, MySpacebenda nak jadi , apa2 pun boleh. Sepanjang perjalanan tu, kitorang masing2 dok tergelak dan mengenang ketakutan kena tahan polis tadi… Masya Allah, macam2…huhu



Itu la secebis pengalaman hidup…


Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses