Assalamualaikum w.b.t
Blog saya dalam proses kemaskini [menukar layout, nama blog dan sebagainya]
Saya dah boring layout lama and susunan tidak teratur untuk link di sebelah.
So, insya Allah blog ku akan berwajah baru.
Sekian. :)
Bismillah ir Rahman ir rahim
Alhamdulillah, ku panjatkan segala kesyukuran ke atas nikmat yang kau berikan kepadaku. Syukur padaMu ya Allah kerana aku masih mampu lagi belajar sedang rakyat Palestin di sana bergelut untuk belajar. Syukur padaMu ya Allah kerana masih memberi nikmat tubuh badan yang sihat kepadaku sedang orang lain terlantar kesakitan. Syukur padaMu ya Allah kerana masih merasa nikmat mempunyai ibu bapa di saat orang lain kehilangan keduanya.
Lega rasanya kerana sudah selesai minggu peperiksaan Khamis lepas untuk semester 7, Tahun Empat dan kemungkinan tahun akhir buatku. Insya Allah, ku harapkan begitu. Bukannya apa, 2 paper terakhir yang ku duduki sangat mengecewakan kerana sangat susah. Paper for Optics and Mathematical Method. Kurasa bagai tiada harapan. Ku khabarkan kepada sahabat2 dan fizikiawan bahawa aku hanya mampu ber D.O.A dan ber T.A.W.A.K.K.A.L sahaja setelah usaha dilakukan semampu yang mungkin.
Namun sebagai manusia yang lemah, timbul juga difikiranku bahawa mampukah aku dapat keputusan cemerlang sedangkan realitinya ku sendiri mengetahui bagaimana jawapan yang ditulis di kertas peperiksaan. Tetapi ku berkeyakinan jika rezeki ku dapat keputusan yang baik, insya Allah akan dapat dan sebaliknya. Ada hikmah tersembunyi disebaliknya yang mungkin aku belum mengetahui lagi. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dalam mengatur urusan hamba-hambaNya.
Imam Al-Ghazali dalam bukunya Tahafut al-Falasifat [Kehancuran kepada Falsafah], membincangkan konsep Causality atau konsep Sebab dan Musabab. Menurut al-Ghazali, sesuatu kejadian atau perkara tidak terjadi disebabkan perkara yang sebelumnya. Semua benda yang berlaku adalah disebabkan oleh ketentuan Allah. Manusia langsung tiada kuasa dalam menentukan sesuatu kejadian.
Contohnya, jika kita menggunakan api untuk membakar kayu, tidak semestinya kayu akan terbakar. Hanya dengan izin Allah sahaja kayu itu akan terbakar. Jika mendung di langit tidak semestinya hujan.
Mungkin juga kalau kita rasa kita gagal tapi Allah Maha Berkuasa tak akan menggagalkan kita. Siapa tahu?. Have a faith on Him. Segala yang terjadi adalah menurut kehendakNya. Kita tiada kuasa untuk berkehendak ke atas sesuatu terjadi. Akan tetapi usaha itu perlu dalam menghajatkan sesuatu perkara. Selebihnya Dia yang menentukan.
Menurut al-Ghazali lagi, semua perkara yang terjadi adalah secara kebetulan. Namun, beliau mengatakan bahawa sesuatu perkara semulajadi mempunyai sifat semula jadi yang telah ditetapkan oleh Allah. Contohnya, api itu mempunyai sifat membakar. Benda yang atas akan jatuh ke bawah kerana tarikan graviti.
Pendapat Imam al-Ghazali ini ditentang oleh Ibn Rushd, seorang lagi ahli falsafah Islam lain yang tergolong di dalam golongan Mashaiyyun iaitu golongan ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan hasil kerja dan pemikiran ahli Yunani seperti Aristotle dan Plato.
Ibn Rushd menentang pendapat al-Ghazali di dalam bukunya Tahafut al-tahafut [Kehancuran atas kehancuran] dengan mengatakan bahawa jika sesuatu perkara terjadi secara kebetulan, tiadalah ilmu dan seterusnya tiadalah sains. Beliau turut mengatakan bahawa manusia ada kuasa menentukan kehendak masing-masing itu berlaku tapi kuasa Allah akan mengatasi jika Dia mengkehendaki.
Aduyaii..membebel pulak…hehe

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tidak kusangka sudah 100 artikel yang sudah di 'post'kan di blog yang masih baru ini. Artikel yang ke -100 adalah artikel semalam .
Artikel - artikel tersebut pelbagai genre. Samada bagus atau tidak artikel yang dikarang, masih lagi memperbaikinya. I hope i can improve more than those article left behind.
Ingat lagi pada awal pembikinan blog tahun lepas.. Fiey yang banyak mengajar... terima kasih banyak2 my friends....
Nak bagi hadiah apa ye??
Makan Kek nak tak? takde duit pulak...huhu
Apa kata daku menghadiahkan SABAR dalam menghadapi ulangkaji ..... dah nak exam cik SyaHiD...heee
:)Bleh la gak....
Moga lepas ni Allah mempermudahkan untuk ku terus menulis artikel... tapi aku ada teringat pesanan seorang sahabatku, Anie....:
"Syahid jangan lupa, bahawa apa yang kita tulis, Allah akan uji samada kita turut melakukannya atau tidak, jangan hanya tulis benda baik sahaja, tanpa ada 'ruhnya',"
Bila teringat balik, waahh, seram jugak...
tapi memang betul peringatan yang diberi...kerana kadang-kadang memang aku diuji dengan apa yang kutulis....
Okey la, nak sambung study.....
... See You next article...
This is the new song from known artist , Sami Yusuf.
Recently, Sami Yusuf just award Honorary Doctorate from Roehampton University in South-West London in recognition of his contribution to Music
This song dedicate with love and need of Our beloved Prophet, Muhammad S. A. W.
You Came to Me
You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you
You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you
CHORUS (x2): ALLAHUMA! Sal 'ala Sayideena Mustafa
'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa
(O God! Send Your Blessings upon our leader, the chosen one (Muhammad (peace upon him))
Upon Your Beloved, Your Prophet, the chosen one)
You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between
For you I'd sacrifice
For you I'd give my life
Anything, just to be with you
I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you
CHORUS (x2)
Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH (O Messenger of God (Muhammad (peace be upon him))
You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH
You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you
CHORUS (currently X2)
Anda Hebat Jika Baca Sepenuhnya......
Penghargaan tertinggi dan segala puji-pujian melangit untukMu ya Rabbi kerana masih lagi mahu memberi hambaMu ini peluang berada dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Terima kasih ya Allah, ya Rabb, Syukur ya Allah kupanjatkan padaMu. Syukur padaMu kerana rahmat dan kasih sayang yang Engkau berikan kepada kedua ibu bapa ku.
Doa Nabi Adam a.s:








